1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam
syurga.
6. Barang siapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a.
"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata
"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "
13. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir
(anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman
(ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T.