Saturday 10 March 2012

bila Dah mabuk cinta..

bila disebut pasal cinta, terbayang ROMEO yang sangup mati kerana JULIET
CLEOPATRA yang sangup mati kerana MARK ANTHONY
UDA dan DARA yang 'bersanding' dipusara atau  
QAISY yang sangup menjadi majnun (gila) kerana LAILA..
itu adalh deretan kisah cinta  rekaan dan khayalan..



Kini yang realiti,ramai remaja yang sanggup meningalkan ibu bapa kerana mengikut kekasihnya. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta..
Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang.. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitu lah sebaliknya,walaupun kadang kala kita cuba melawan perasaan itu namun rasa yang ajaib itu datang jua,, Tidak ada kuasa hati untuk menolak nya, Bila cinta sudah menguasai diri..makan tak kenyang, tidur pun tak lena.
 Bijak pandai pernah mengingatkan, "jangan dibawa berbincang 3 golongan manusia.Pertama, yang sedang lapar, Kedua, orang sedang sakit, Ketiga, orang sedang jath cinta.". kenape? kerana orang yang sedang lapar hanya memikirkan soal makanan.orang yang sedang sakit sedang menahan sakit nya,dan orang yang sedang bercinta hanya memikirkn insan yang dcintai,hanya orang nampak dia tapi dia tidak nampak orang.

No comments:

Post a Comment